NOTIS PRIVASI

Roche Diabetes Care Digital Solutions And Services

Tarikh Kuat Kuasa: 01 Jun 2025


Klik di sini untuk pergi ke bahagian yang diingini: Pengenalan | Skop | Pengawal Data | Kategori Data Peribadi yang Dikumpulkan dan Sumbernya | Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi & Asas Undang-undang yang Berkenaan | Penerima Data Peribadi Anda | Pemindahan Data Antarabangsa | Hak Privasi Anda | Tempoh Penyimpanan | Perubahan Terhadap Notis Privasi Ini | Peruntukan Khusus mengikut Negara


1. PENGENALAN

Notis Privasi ini disediakan untuk menerangkan kepada anda tentang jenis-jenis data peribadi yang kami kumpulkan daripada sumber-sumber tertentu dan tujuan penggunaannya. Sila baca Notis Privasi dengan teliti sebelum anda mendaftar dan menggunakan produk digital, sistem atau perkhidmatan penjagaan diabetes Roche.

Untuk tujuan Notis Privasi ini, “Data Peribadi” bermaksud sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti diri individu secara langsung dan juga tidak langsung, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat e-mel dan data kesihatan anda.

Aktiviti kami tidak dicipta atau bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Kami tidak mengumpulkan secara sengaja sebarang jenis data peribadi daripada mana-mana individu di bawah umur 18 tahun, melainkan wakil sah mereka telah memberikan persetujuan dalam bentuk yang boleh disahkan.


2. SKOP

Notis Privasi ini dikuatkuasakan terhadap data peribadi yang dikumpulkan melalui sistem digital dan perkhidmatan penjagaan diabetes Roche yang disediakan untuk tujuan peribadi pengguna bukan profesional (contohnya pesakit kencing manis) dan mempunyai hubung kait dengan notis privasi ini (termasuk Aplikasi mySugr, App Accu-Chek SmartGuide, App SmartGuide Predict, akaun Accu-Chek, yang kesemuanya dirujuk secara kolektif sebagai “Produk Digital”). Ini merangkumi data yang dikumpulkan semasa penciptaan akaun, penggunaan fungsi-fungsi produk digital, interaksi dengan perkhidmatan kami (contohnya khidmat sokongan pelanggan), data yang dikumpulkan melalui portal e-dagang dan data yang dikongsi dengan app pihak ketiga, peranti terapi yang disambungkan dan juga penyedia penjagaan kesihatan.


3. PENGAWAL DATA

Roche Diagnostics International AG, Forrenstrasse 2, 6343, Rotkreuz, Switzerland, e-mel: [email protected] (“Roche”) ialah pengawal data yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan aktiviti pengumpulan dan pemprosesan data peribadi. Walau bagaimanapun, untuk Aplikasi mySugr, Roche Diagnostics International AG, Forrenstrasse 2, 6343, Rotkreuz, Switzerland dan juga mySugr GmbH yang beralamat di Trattnerhof 1, 1010 Vienna, Austria, bertindak selaku pengawal data bersama; sebarang pertanyaan mengenai isu privasi yang berkaitan dengan Aplikasi mySugr hendaklah ditujukan kepada Pejabat Privasi Roche di [email protected]. Untuk para pengguna App Accu-Chek SmartGuide dan App SmartGuide Predict pula, Roche Diagnostics International AG, Forrenstrasse 2, 6343, Rotkreuz, Switzerland dan Roche Diabetes Care GmbH yang beralamat di Sandhofer Strasse 116, 68305 Mannheim, Jerman, bertindak selaku pengawal data bersama. Sebarang pertanyaan mengenai isu privasi juga harus ditujukan kepada Pejabat Privasi Roche di [email protected].

Selain itu, untuk aktiviti berkaitan pemasaran dan jualan, syarikat sekutu Roche Diagnostics tempatan di negara anda akan bertindak selaku pengawal data bagi memastikan agar komunikasi pemasaran dan aktiviti berkaitan jualan dapat disesuaikan mengikut kehendak masyarakat tempatan dan keperluan kawal selia di negara anda. Senarai syarikat sekutu Roche Diagnostics boleh didapati di: https://www.roche.com/locations.


4. KATEGORI DATA PERIBADI YANG DIKUMPULKAN DAN SUMBERNYA

Kami mengumpulkan pelbagai jenis data peribadi daripada sumber-sumber yang berbeza. Ini termasuklah data yang dikumpulkan terus daripada anda secara automatik apabila anda menggunakan Produk Digital dan perkhidmatan, atau daripada pihak ketiga seperti yang diterangkan dalam jadual di bawah.

Data yang dikumpulkan secara terus daripada anda
Kategori Data Jenis Data
Data Pengguna Akaun Wajib: Alamat e-mel, kata laluan, ID akaun, sejarah akaun termasuk tarikh pendaftaran dan log masuk terakhir, status persetujuan, bahasa, zon waktu dan negara kediaman
Data Profil Pengguna Wajib: Nama pertama, Nama keluarga, Tarikh Lahir
Pilihan: Alamat, Nombor Telefon, Jantina.
Data Perubatan Induk Data Perubatan Induk: Ini ialah maklumat asas yang diperlukan untuk menyediakan tetapan ciri-ciri teras pengurusan diabetes dalam Produk Digital.
Sebagai contoh, dalam aplikasi mySugr:
  • Data Perubatan Induk Wajib merangkumi: Jenis Terapi Insulin anda (contohnya, sama ada anda menggunakan Pen Insulin, Pam Insulin atau Tidak Menggunakan Insulin), sama ada anda mengambil tablet diabetes (Ya/Tidak), jenis meter glukosa darah yang lazimnya anda gunakan (jika berkenaan).
  • Data Perubatan Induk Pilihan merangkumi: contohnya, Jenis Diabetes yang anda alami, tahun anda didiagnosis menghidap diabetes, Julat Sasaran Glukosa Darah anda, ketinggian dan berat badan anda, butiran tentang ubat anda (contohnya jenis insulin, tetapan kadar basal untuk pengguna pam, faktor pembetulan, nisbah karbohidrat-kepada-insulin).
Data Perubatan Data Perubatan yang dikumpulkan semasa Produk Digital tertentu digunakan, sepertimana diterangkan dalam panduan pengguna.
Dalam aplikasi mySugr, apabila anda memasukkan butiran dalam buku log, tarikh dan masa akan direkodkan secara automatik (ini diwajibkan untuk kemasukan data tersebut). Anda kemudiannya boleh menambah pelbagai butiran bagi setiap data yang dimasukkan dalam buku log, seperti:
  • Aktiviti: Lokasi aktiviti, jenis dan tempoh aktiviti fizikal.
  • Makanan: Pengambilan makanan, penerangan tentang gabungan makanan, ramuan,
  • Ubat: pil yang diambil, suntikan insulin (jenis, dos).
  • Pengukuran: Pengukuran Glukosa Darah (bacaan ini juga boleh diimport secara automatik dari peranti terapi), tekanan darah, berat badan, HbA1c, Keton, Bilangan Langkah.
  • Nota & Tag: nota, tag ubat yang diperibadikan.
  • Data Pam (jika berkenaan): Perubahan sementara kadar basal dan tarikh.
Dalam App Accu-Chek SmartGuide dan App SmartGuide Predict, data ini mungkin merangkumi, contohnya
  • Tetapan Asas: Unit glukosa darah anda (contohnya mg/dL atau mmol/L) dan karbohidrat (contohnya gram, bahagian). Sasaran paras glukosa darah Atas dan Bawah
  • Maklumat Terapi: Jenis Diabetes anda.
  • Penentukuran & Data Meter: Data penentukuran glukosa darah (jika menggunakan meter yang memerlukan penentukuran). Bacaan glukosa daripada Glukometer yang disambungkan.
  • Data CGM (Pemantauan Glukosa Berterusan):
  • Cap Masa & Bendera: Perbezaan Masa, Cap Masa, Bendera (biasanya, ini adalah maklumat data teknikal yang dikaitkan dengan bacaan bagi memastikan ketepatan)
  • Data Gaya Hidup: Pengambilan Karbohidrat (Data Makanan).
  • Data Insulin: Tetapan insulin basal, Dos insulin bolus.
  • Tetapan Penggera: Tetapan khusus bagi diri anda untuk had Hiperglisemia (paras gula darah tinggi) dan Hipoglisemia (paras gula darah rendah), termasuk Had Hipoglisemia Serius, dan sama ada penggera telah diaktifkan.
  • Kemasukan Data Secara Manual dalam Buku Log: Sebarang maklumat yang anda masukkan secara manual dalam buku log App, termasuk jenis dan nilai insulin, pengambilan karbohidrat, nilai glukosa darah atau sebarang nota tambahan yang ingin anda rekodkan.
Kami memproses data anda, termasuk log glukosa darah, untuk menjana pengetahuan dan ramalan tentang pengurusan diabetes anda. Pengetahuan ini, yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman anda tentang kesihatan anda, melibatkan pengenalpastian trend, penilaian potensi risiko dan pengiraan metrik seperti kadar perubahan CGM (Maklumat Trend).
Maklumat komersial dan kewangan Maklumat komersial dan kewangan, seperti maklumat muat turun App Store, pembelian, invois, status pembayaran, kaedah pembayaran (Kad Kredit, Akaun Bank dan sebagainya), nombor insurans sosial (jika/apabila diperlukan oleh undang-undang), Aplikasi mySugr: Status mySugr Pro, baucar yang ditebus; Maklumat pesanan (contohnya untuk pesanan meter)
Kandungan Pengguna Kandungan pilihan yang anda berikan semasa anda menggunakan fungsi teras Produk Digital, seperti: Nama dan/atau lokasi koordinat GPS, nama “Penyakit” anda. Ini juga termasuk isi kandungan komunikasi anda dengan perkhidmatan sokongan kami atau pertanyaan lain, data tinjauan, penilaian atau maklum balas
Data yang dikumpulkan daripada peranti anda dan pengendaliannya
Kategori Data Jenis Data
Data Penggunaan Data Penggunaan Wajib:
Data yang diperlukan untuk tujuan teknikal dan keselamatan, termasuk:
  • Maklumat Peranti: ID peranti, alamat IP, pengeluar peranti, jenis peranti, versi sistem pengendalian, versi app, pilihan bahasa, -Penyambungan Teknikal: Kod Bluetooth (jika anda menyambungkan peranti Bluetooth); fail log dan isu keselamatan;
  • Tetapan dan pemberitahuan app: pilihan anda untuk tetapan pemberitahuan dalam produk digital, dan pilihan paparan lain serta penyambungan aktif
Data yang diperlukan untuk tujuan keselamatan produk. Ini termasuk semua “Data Penggunaan yang diperlukan untuk tujuan teknikal dan keselamatan” sebagaimana disenaraikan di atas, serta:
  • Negara anda (yang diperoleh daripada alamat IP anda untuk memastikan ciri-ciri app ini mematuhi keperluan undang-undang tempatan).
  • Rekod tindakan utama yang anda lakukan dalam app: tarikh dan masa anda mendaftar, memasukkan log pertama anda, menggandingkan meter glukosa darah, menetapkan ciri-ciri seperti kalkulator bolus, atau membuat sambungan dengan sistem Roche yang lain.
  • Status penggandingan meter anda (contohnya jika meter disambungkan atau sambungan diputuskan).
  • Butiran teknikal asas tentang sesi app anda (contohnya tarikh dan masa sesi anda bermula dan tamat, cara app berkomunikasi dengan komponen perisian dalaman (SDK), versi komponen ini dan butiran pengenalan am sesi berserta cap masa).
  • Laporan ranap sistem (crash) dan pepijat (termasuk maklumat tentang peranti dan keadaan app anda sewaktu isu tersebut berlaku bagi membantu kami mendiagnosis masalah).
  • Laporan ralat (termasuk nombor ralat, mesej dan butiran teknikal).
Data Penggunaan Pilihan:
Data Penggunaan Pilihan yang dikumpulkan untuk tujuan Pemasaran. Hanya apabila anda memberikan persetujuan untuk komunikasi pemasaran, termasuk rekod buku log, peranti yang digandingkan, log masuk yang aktif, jenis diabetes dan jenis terapi.
Data Penggunaan Pilihan yang dikumpulkan untuk tujuan Penambahbaikan Produk: Aktiviti sistem apabila anda berinteraksi dengan ciri-ciri seperti cabaran, gandingan peranti, atau skrin langganan; cara anda menavigasi melalui bahagian-bahagian berbeza app dengan mengetik butang atau melihat maklumat; dan aktiviti sistem seperti menerima pemberitahuan atau menghadapi ralat. Untuk setiap tindakan atau aktiviti sedemikian, kami juga merekodkan cap masa yang khusus.
Data yang dikongsi dengan Pihak Ketiga:
Daripada Data App Kesihatan atau produk digital lain Data yang dikongsi ini bergantung pada App Data Kesihatan/Produk digital khusus dan maklumat yang anda pilih untuk berkongsi, termasuklah paras glukosa darah, karbohidrat, tekanan darah, penghantaran insulin, bilangan langkah, berat badan dan butiran senaman.
Peranti Terapi

Data yang dikongsi ini bergantung pada jenis peranti terapi yang anda sambungkan. Ini mungkin termasuk: meter glukosa darah, rekod pengukuran CGM, dos yang disuntik, Kepekatan Glukosa CGM (bacaan glukosa sebenar anda daripada sensor), Nilai Kualiti CGM (penunjuk yang diberikan oleh sensor tentang kebolehpercayaan bacaan tertentu), maklumat sesi CGM (contohnya masa mula/tamat sesi sensor), maklumat status tampalan CGM.

Data ralat dan maklumat status daripada peranti terapi dan Produk Digital juga dikumpulkan

Perkongsian Data dengan Pakar Kesihatan atau pihak ketiga lain atas persetujuan anda Data yang dikongsi ini bergantung pada keperluan perubatan khusus, fungsi dan/atau pihak ketiga yang anda pilih untuk berkongsi. Ini mungkin termasuk butiran glukosa darah, karbohidrat, tekanan darah, penghantaran insulin, bilangan langkah, berat badan dan senaman.

5. CARA KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI & ASAS UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN

5.1 Untuk memenuhi perkhidmatan teras yang dibawakan oleh Produk Digital
5.1.1 Penciptaan akaun

Untuk menggunakan Produk Digital dan mengakses fungsinya, anda perlu mencipta akaun dan log masuk ke akaun tersebut. Langkah ini penting bagi melindungi data peribadi anda dalam persekitaran awan kami selamat kami yang mempunyai kawalan akses, yang membolehkan kami memperoleh dan menguruskan persetujuan serta keutamaan perkongsian data anda.

Penciptaan akaun akan mengumpulkan butiran tentang: Data Pengguna Akaun, Data Profil Pengguna dan Data Penggunaan Wajib untuk tujuan teknikal dan keselamatan.


5.1.2 Penyediaan Fungsi Produk Digital

Kami mengumpulkan data peribadi untuk membawakan perkhidmatan dan menjalankan fungsi Produk Digital. Ini termasuklah data yang digunakan untuk memperibadikan pengalaman anda dan meningkatkan keterlibatan, contohnya melalui cabaran dan elemen permainan, sepertimana yang dinyatakan dalam panduan pengguna serta terma dan syarat Produk Digital khusus. Untuk Aplikasi mySugr, sila ambil perhatian bahawa sesetengah fungsi hanya tersedia untuk pengguna Pro, contohnya Kalkulator Bolus mySugr dan Peringatan Paras Gula Darah sepertimana yang diterangkan dalam panduan pengguna.

Kategori data peribadi yang diproses itu bergantung pada fungsi dan Produk Digital yang anda gunakan, ini mungkin termasuk: Data Pengguna Akaun, Data Profil Pengguna, Data Perubatan Induk, Data Perubatan, Maklumat Komersial dan Kewangan, Kandungan Pengguna, Data Penggunaan Wajib untuk tujuan teknikal dan keselamatan, Data yang dikongsi dengan Pihak Ketiga seperti Data Peranti Terapi.


5.1.3 Keselamatan

Bagi melindungi data peribadi anda dan mencegah sebarang tindakan yang tidak disengajakan atau menyalahi undang-undang seperti pemusnahan, kehilangan, pengubahan atau pendedahan tanpa kebenaran, kami memproses data peribadi tertentu secara aktif.

Untuk memastikan keselamatan, kami memproses kategori data peribadi berikut: Data Pengguna Akaun, Kandungan Pengguna, Data Penggunaan Wajib untuk tujuan teknikal dan keselamatan, serta Data yang dikongsi dengan Pihak Ketiga. Sila lihat bahagian “Kategori Data Peribadi yang Dikumpulkan dan Sumbernya” untuk penerangan tentang jenis-jenis data yang khusus.


5.1.4 Sokongan Pelanggan dan Maklum Balas kepada Pertanyaan anda

Kami mengumpul dan memproses data peribadi untuk menyediakan khidmat sokongan yang cekap berkaitan Produk Digital dan untuk menjawab pertanyaan anda melalui telefon, e-mel, borang web atau saluran lain. Ini termasuklah membantu anda dari aspek pemasangan dan penyediaan awal sistem, menyelesaikan sebarang masalah teknikal yang mungkin anda hadapi, menyediakan perkhidmatan dan kemas kini yang berterusan, dan melakukan penyelenggaraan yang diperlukan bagi memastikan operasi Produk Digital berjalan lancar.

Untuk tujuan ini, kami mungkin perlu memproses pelbagai kategori data peribadi. Ini mungkin termasuk Data Pengguna Akaun, Data Profil Pengguna, Data Perubatan Induk, Data Perubatan, Maklumat Komersial dan Kewangan, Kandungan Pengguna, Data Penggunaan Wajib dan Data yang dikongsi dengan Pihak Ketiga seperti Data Peranti Terapi. Sila lihat bahagian “Kategori Data Peribadi yang Dikumpulkan dan Sumbernya” untuk penerangan tentang jenis-jenis data yang khusus.


5.1.5 Pemberitahuan

Untuk menyokong pengurusan diabetes anda dan aspek keselamatan dengan berkesan, Produk Digital dilengkapi fungsi pemberitahuan untuk menghantar kemas kini dan makluman yang tepat pada masanya.

Bergantung pada Produk Digital tertentu, pemberitahuan ini mungkin termasuk Penggera Glukosa untuk memberi isyarat paras glukosa yang tinggi atau rendah berdasarkan julat sasaran yang disesuaikan khas untuk anda, Isyarat Kritikal untuk perubahan nilai glukosa yang terlalu banyak atau isu sensor yang membatalkan mod senyap peranti, Peringatan Sensor Tamat Tempoh untuk memastikan penggantian sensor tepat pada masanya, dan penggera Sambungan Sensor Terputus untuk memaklumkan kepada anda tentang sebarang gangguan penghantaran data.

Data peribadi yang diproses untuk pemberitahuan ini, yang memerlukan anda untuk mengaktifkan pemberitahuan dalam tetapan peranti anda, termasuklah Data Pengguna Akaun, Data Profil Pengguna, Data Penggunaan Wajib untuk tujuan teknikal dan keselamatan, Data Perubatan Induk, Data Perubatan dan Peranti Terapi. Walaupun anda boleh menyahaktifkan pemberitahuan dalam tetapan peranti anda pada bila-bila masa, kami amat mengesyorkan agar pemberitahuan itu sentiasa diaktifkan bagi menyokong pengurusan diabetes dan memastikan keselamatan anda. Untuk mendapatkan butiran terperinci tentang jenis data yang khusus dalam kategori ini, sila rujuk bahagian “Kategori Data Peribadi yang Dikumpulkan dan Sumbernya”.

Asas Undang-undang untuk memenuhi perkhidmatan teras yang dibawakan oleh Produk Digital

Untuk pemprosesan data peribadi anda, termasuk data kesihatan anda bagi memenuhi perkhidmatan teras yang dibawakan oleh Produk Digital, kami bergantung pada persetujuan anda. Anda boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa (dengan memadam akaun atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan kami melalui alamat e-mel yang dinyatakan dalam Bahagian 8, “Hak Privasi Anda”). Namun, ini akan menghalang anda daripada menggunakan Produk Digital kami. Kesahihan pemprosesan sebelum persetujuan itu ditarik balik kekal tidak terjejas.


5.2 Pesanan Produk atau Perkhidmatan

Apabila anda memesan produk atau perkhidmatan daripada kami, kami akan memproses data peribadi anda bagi memenuhi pesanan anda, menguruskan transaksi dan menghantar produk atau perkhidmatan yang anda minta. Ini termasuklah memproses bayaran, mengatur pengiriman atau penghantaran, dan menyediakan sokongan yang diperlukan berkaitan pesanan anda. Kami juga mungkin menggunakan maklumat hubungan anda untuk berkomunikasi dengan anda mengenai status pesanan anda, kemas kini maklumat penghantaran atau sebarang isu yang mungkin timbul. Kami juga akan memproses data peribadi untuk situasi di mana anda layak menerima pembayaran balik berkaitan penggunaan peranti perubatan Roche.

Data peribadi yang dikumpulkan untuk tujuan ini mungkin termasuk: Data Pengguna Akaun, Data Profil Pengguna, Maklumat Komersial dan Kewangan. Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang jenis data yang khusus dalam kategori ini, sila rujuk bahagian “Kategori Data Peribadi yang Dikumpulkan dan Sumbernya”.

Asas Undang-undang: Kami memproses maklumat ini untuk memenuhi kewajipan perjanjian kami dengan anda. Untuk data kesihatan, kami memerlukan persetujuan yang jelas daripada anda.


5.3 Tujuan Undang-undang
5.3.1 Untuk tujuan kawal selia (termasuk keselamatan produk)

Dalam kapasiti kami sebagai pengilang dan pembekal Produk Digital, yang dikategorikan sebagai peranti perubatan terkawal, kami bertanggungjawab mematuhi syarat-syarat yang ketat bagi memantau, menambah baik fungsi, kualiti, keselamatan dan keberkesanan Produk Digital kami. Untuk memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang, kami mengumpul dan memproses data peribadi bagi memenuhi tujuan-tujuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pelaporan kejadian buruk, memastikan keselamatan dan keterjaminan produk, aktiviti pemantauan pascapemasaran, menangani aduan produk dan memenuhi keperluan kawal selia lain sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang berkenaan. Pemprosesan ini diperlukan bagi membolehkan kami memenuhi tanggungjawab dan kewajipan undang-undang kami sebagai pengilang serta pembekal peranti perubatan dan produk kesihatan digital.

Data peribadi dikumpulkan: Bagi memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang, dan bergantung pada keperluan kawal selia khusus, kami mungkin mengumpulkan maklumat berikut: Data Pengguna Akaun, Data Profil Pengguna, Data Perubatan Induk, Data Perubatan, Maklumat Komersial dan Kewangan, Data Kandungan Pengguna, Data Penggunaan Wajib untuk tujuan keselamatan, Data Peranti Terapi.

Asas undang-undang: Kami akan memproses maklumat ini, termasuk data kesihatan anda, selagi kami mempunyai kewajipan di sisi undang-undang untuk berbuat demikian, bagi memenuhi keperluan undang-undang dan bagi menyokong kepentingan masyarakat dalam bidang kesihatan awam.


5.3.2 Untuk Tujuan Undang-undang yang Lain

Data peribadi dikumpulkan: Bagi memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang, dan bergantung pada keperluan kawal selia khusus, kami mungkin mengumpulkan maklumat berikut: Data Pengguna Akaun, Data Profil Pengguna, Data Perubatan Induk, Data Perubatan, Kandungan Pengguna, Data Penggunaan Wajib, Maklumat Komersial dan Kewangan, Data yang dikongsi dengan Pihak Ketiga, termasuk Data Peranti Terapi.

Asas undang-undang: Kami akan memproses maklumat ini, termasuk data kesihatan anda, selagi kami mempunyai kewajipan di sisi undang-undang untuk berbuat demikian, bagi memenuhi keperluan undang-undang dan bagi menyokong kepentingan masyarakat dalam bidang kesihatan awam.


5.4 Penambahbaikan produk

Dengan persetujuan (pilihan) yang jelas daripada anda untuk penambahbaikan produk, kami akan menggunakan data peribadi anda untuk menambah baik dan mengoptimumkan Produk Digital dan perkhidmatannya. Kami menganalisis, membangunkan, menguji, memperhalusi dan menjalankan kajian analisis terhadap produk kami dan ciri-cirinya bagi membolehkan kami menawarkan manfaat maksimum dan memperkenalkan inovasi baharu. Ini termasuklah menguji prestasi, memperkasa ciri dan algoritma sedia ada untuk mempertingkatkan ketepatan dan kebolehgunaan, mengumpulkan maklumat tentang interaksi pengguna melalui analisis data, dan mengumpulkan maklum balas melalui kaji selidik dalam usaha untuk memperhalusi tawaran kami. Kesemua ini membantu kami memahami cara anda menggunakan produk kami dan pendekatan yang boleh kami ambil bagi memantapkan nilainya sebagai peranti yang amat berguna untuk pengurusan diabetes anda. Penambahbaikan ini mungkin disediakan kepada anda melalui kemas kini Produk Digital secara berkala.

Data peribadi yang dikumpulkan untuk tujuan ini termasuklah: Data Pengguna Akaun, Data Profil Pengguna, Data Perubatan Induk, Data Perubatan, Kandungan Pengguna, Data Penggunaan Wajib untuk tujuan teknikal dan keselamatan, Data Penggunaan Pilihan yang dikumpulkan untuk Penambahbaikan Produk, Maklumat Komersial dan Kewangan, dan Data Peranti Terapi.
Untuk mendapatkan butiran terperinci tentang jenis data yang khusus dalam kategori ini, sila rujuk bahagian “Kategori Data Peribadi yang Dikumpulkan dan Sumbernya”.

Asas Undang-undang: Kami hanya akan menggunakan data anda untuk tujuan penambahbaikan produk sekiranya anda memberikan persetujuan secara jelas. Anda boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa dalam tetapan akaun anda atau dengan menghubungi Khidmat Sokongan Pelanggan kami melalui alamat e-mel yang dinyatakan di Bahagian 8, “Hak Privasi Anda”; tindakan ini tidak akan menjejaskan keupayaan anda untuk menggunakan Produk Digital kami.


5.5 Penyelidikan Saintifik dan Statistik

Kami mungkin memproses data peribadi anda, termasuk data berkaitan kesihatan, untuk tujuan penyelidikan saintifik atau statistik. Ini mungkin termasuk menganalisis data tanpa nama atau data dalam bentuk nama samaran untuk mengisytiharkan indikasi perubatan baharu bagi peranti perubatan kami yang diperakui, atau untuk memahami dan menilai sama ada penggunaan Produk Digital ini boleh memberi manfaat kepada pesakit kencing manis. Data kajian kami boleh digunakan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang faktor-faktor yang mempengaruhi diabetes dan pengurusannya, seterusnya membantu membangunkan strategi pencegahan, diagnosis dan rawatan yang lebih baik. Penggunaan data juga mungkin melibatkan pembangunan teknologi baharu dan ujian untuk mengkaji pendekatan yang lebih inovatif dalam penjagaan diabetes dan bidang kesihatan lain, di samping menangani persoalan utama tentang peranan teknologi dalam memudahkan pengurusan kesihatan setiap individu. Penyelidikan sedemikian mungkin menyumbang kepada pembangunan dan pembekalan teknologi dan produk penjagaan kesihatan, yang kesemuanya mempunyai matlamat serupa iaitu untuk menambah baik penjagaan pesakit. Di samping itu, kami menggunakan analisis statistik untuk mengkaji trend dan corak penggunaan Produk Digital kami secara amnya, serta menerbitkan laporan terkumpul untuk kegunaan dalaman bagi memahami cara penggunaan Produk Digital kami dan prestasinya (contoh, bilangan pengguna aktif). Namun, data tersebut adalah dalam bentuk terkumpul dan aktiviti pemprosesan ini tidak akan mengubah sebarang keputusan berkaitan diri anda atau menjejaskan pengalaman anda sebagai pengguna individu.

Data yang diproses merangkumi Data Pengguna Akaun, Data Profil Pengguna, Data Perubatan Induk, Data Perubatan, Data Penggunaan dan Peranti Terapi. Data anda akan diberi nama samaran dan hasil analisis kami akan digabungkan dalam bentuk terkumpul bagi melindungi privasi anda.

Asas undang-undang: Kami memproses data ini berdasarkan kepentingan sah kami untuk menjalankan penyelidikan demi memajukan bidang sains. Kami mungkin memproses data kesihatan untuk tujuan saintifik atau statistik. Anda boleh menggunakan hak anda untuk membantah pemprosesan ini dengan menghubungi Khidmat Pelanggan kami melalui alamat e-mel yang dinyatakan di Bahagian 8, “Hak Privasi Anda”; tindakan ini tidak akan menjejaskan keupayaan anda untuk menggunakan Produk Digital kami.


5.6 Pemasaran produk, promosi dan perkhidmatan:

Dengan persetujuan (pilihan) yang jelas daripada anda, kami akan memproses data peribadi anda untuk menghantar buletin, tinjauan, e-mel pemasaran dan komunikasi lain yang mungkin disesuaikan dengan minat dan keutamaan anda berhubung dengan Produk Digital ini, serta produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

Kami berhasrat untuk memberi anda maklumat yang relevan dan disesuaikan khusus dengan keperluan peribadi bagi menambah baik pengalaman anda semasa anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami. Data peribadi yang dikumpulkan untuk tujuan ini akan bergantung pada jenis aktiviti pemasaran, ia mungkin termasuk: Data Pengguna Akaun, Data Profil Pengguna, Data Perubatan Induk, Data Perubatan, Maklumat Komersial dan Kewangan, Sejarah Pengguna, Data Penggunaan Wajib, Data Penggunaan Pilihan untuk Pemasaran, Kandungan Pengguna, Data yang dikongsi dengan pihak ketiga, termasuk Data Peranti Terapi. Kami mengumpul dan memproses data ini bagi memastikan komunikasi pemasaran kami adalah relevan, diperibadikan dan bermanfaat untuk anda. Untuk mendapatkan butiran terperinci tentang jenis data yang khusus dalam kategori ini, sila rujuk bahagian “Kategori Data Peribadi yang Dikumpulkan dan Sumbernya”.

Asas Undang-undang: Kami akan mengumpul dan memproses maklumat ini untuk tujuan pemasaran hanya selepas anda memberikan persetujuan yang jelas. Anda boleh membatalkan persetujuan pemasaran pada bila-bila masa dalam tetapan akaun anda atau dengan menghubungi kami melalui alamat e-mel yang dinyatakan di Bahagian 8, “Hak Privasi Anda”; tindakan ini tidak akan menjejaskan keupayaan anda untuk menggunakan Produk kami.


5.7 Perkongsian Data yang Dibenarkan oleh Anda
5.7.1 Pertukaran data dengan Aplikasi Kesihatan Pihak Ketiga, produk digital lain atau pihak ketiga

Anda boleh memilih untuk mengaktifkan penyegerakan antara Produk Digital kami dengan aplikasi kesihatan pihak ketiga, contohnya Apple Health atau Google Fit, atau bertukar-tukar data dengan produk digital lain atau pihak ketiga. Apabila anda membenarkan sambungan dengan aplikasi kesihatan pihak ketiga, produk digital atau pihak ketiga, kami akan berkongsi semua data berkaitan yang dikumpulkan oleh Produk Digital kami sehingga waktu tersebut serta data yang berterusan selagi sambungan itu masih aktif. Malah, kami juga mungkin menerima data daripada aplikasi atau Produk digital pihak ketiga itu yang boleh digunakan untuk memenuhi tujuan yang diterangkan dalam Notis Privasi ini. Jenis data yang dikongsi akan bergantung pada produk digital khusus dan maklumat yang anda pilih untuk berkongsi, termasuklah paras glukosa darah, karbohidrat, tekanan darah, penghantaran insulin, bilangan langkah, berat badan dan butiran senaman.

Asas Undang-undang: Kami berkongsi data anda dengan Produk digital pihak ketiga hanya apabila anda memilih untuk memberikan persetujuan dengan jelas. Anda boleh melihat dan menguruskan Produk digital pihak ketiga yang disambungkan dengan peranti anda, dan anda juga boleh membatalkan kebenaran perkongsian data pada bila-bila masa dalam tetapan peranti, tetapan Produk Digital atau tetapan akaun anda. Sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja data dipindahkan kepada pihak ketiga atas persetujuan anda, data tersebut akan tertakluk di bawah dasar privasi dan terma perkhidmatan pihak ketiga, dan kami tidak lagi bertanggungjawab terhadap aktiviti pemprosesannya. Walaupun perkongsian data pada masa akan datang boleh dihalang dengan memutuskan sambungan, tindakan ini tidak akan memberi kesan terhadap data yang telah pun dikongsi dengan produk digital pihak ketiga. Kami mengesyorkan anda menyemak dasar privasi mana-mana pihak ketiga sebelum membenarkan sebarang perkongsian data.


5.7.2 Berkongsi Data dengan Penyedia Penjagaan Kesihatan

Anda mempunyai pilihan untuk berkongsi data diabetes anda dengan penyedia penjagaan kesihatan anda supaya mereka boleh mendapat pandangan menyeluruh tentang pengurusan diabetes anda. Data ini boleh dikongsi melalui pelbagai kaedah, termasuk menjana kod perkongsian unik dalam Produk Digital dan berkongsinya dengan penyedia penjagaan kesihatan anda, menyediakan laporan yang dimuat turun secara langsung, melalui e-mel jemputan pakar kesihatan, atau apa-apa cara lain yang selamat.

Asas Undang-undang: Kami berkongsi data anda dengan penyedia penjagaan kesihatan hanya apabila anda (memilih untuk) memberikan persetujuan dengan jelas. Anda mengekalkan kawalan terhadap perkongsian data anda dan boleh membatalkan akses pada bila-bila masa dalam tetapan akaun anda. Walaupun perkongsian data pada masa akan datang boleh dihalang dengan memutuskan sambungan, tindakan ini tidak akan memberi kesan terhadap data yang telah pun dikongsi dengan penyedia penjagaan kesihatan. Adalah penting untuk anda fahami bahawa apabila kami memberikan perkhidmatan kepada penyedia penjagaan kesihatan anda, kami akan memproses data anda mengikut arahan mereka, dan penyedia penjagaan kesihatan anda bertanggungjawab memastikan agar mereka mempunyai asas undang-undang untuk meminta dan memproses data anda.


6. PENERIMA DATA PERIBADI ANDA

Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan syarikat-syarikat sekutu Roche yang lain untuk membantu kami melaksanakan pemprosesan data yang diterangkan dalam notis privasi ini, termasuk untuk tujuan sokongan IT, penyelenggaraan produk, penyelesaian masalah, aduan produk, penyelidikan dan statistik. Senarai syarikat sekutu Roche boleh didapati di: https://www.roche.com/locations.

Roche melantik penyedia perkhidmatan luar yang memproses data peribadi semata-mata bagi pihak kami dan hanya berdasarkan arahan kami. Semua penyedia perkhidmatan terikat secara kontrak untuk memproses data peribadi berdasarkan arahan kami dalam dokumen bertulis sahaja, dan mereka tertakluk pada kewajipan menjaga kerahsiaan dan keselamatan yang ketat. Penyedia perkhidmatan ini beroperasi dalam sektor-sektor berikut:

Kami juga mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga yang lain untuk tujuan-tujuan berikut:


7. PEMINDAHAN DATA ANTARABANGSA

Kami secara khususnya memilih rakan kerjasama yang sama ada berpangkalan di Kesatuan Eropah (EU) atau Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), atau yang menggunakan pelayan yang terletak di kawasan tersebut. Pelayan utama kami terletak di Frankfurt (Main), Jerman. Walau bagaimanapun, data pengguna yang berada di Amerika Syarikat akan disimpan dalam pelayan di Amerika Syarikat. Roche telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan kawalan yang sesuai bagi melindungi data peribadi anda.

Dalam keadaan yang terkecuali, kami melantik pembekal pihak ketiga yang berada di luar EU atau yang mempunyai pelayan di luar EU. Jika ini berlaku, data peribadi anda akan tetap tertakluk pada tahap perlindungan yang tinggi dan selaras dengan undang-undang perlindungan data, sama ada melalui keputusan kecukupan EU yang menganggap perlindungan data di negara-negara pihak ketiga yang tertentu adalah wajar, atau melalui Klausa Kontraktual Standard yang diluluskan oleh EU dan menjadi asas hubungan kontraktual tersebut dengan syarikat sekutu Roche, Pemproses atau Penerima Pihak Ketiga, atau melalui instrumen undang-undang yang setara dan dibenarkan di bawah GDPR, atau undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Di samping itu, kami memastikan agar rakan perniagaan kami melaksanakan piawaian keselamatan tambahan dan peruntukan perlindungan data.


8. HAK PRIVASI ANDA

Selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan, anda mungkin mempunyai hak-hak berikut berkaitan data peribadi anda:

Secara amnya, pemadaman, bantahan atau sekatan pemprosesan Data Peribadi anda boleh dilakukan apabila pemprosesan itu dibuat berdasarkan persetujuan anda atau bagi memenuhi kepentingan sah kami. Jika pemprosesan data adalah berdasarkan pada persetujuan, sila ambil perhatian bahawa anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa, namun pembatalan persetujuan anda itu tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan tersebut berdasarkan persetujuan anda sebelum anda membatalkannya.

Anda boleh melaksanakan pelbagai hak anda sebagai subjek data, seperti membetulkan dan mengemas kini data, memadam data, mengakses dan membatalkan persetujuan:

Jika anda tidak berpuas hati dengan cara pengendalian data anda oleh Roche atau maklum balas Roche terhadap permintaan anda, tanpa prasangka terhadap mana-mana remedi pentadbiran atau kehakiman lain, anda berhak untuk memfailkan aduan dengan pihak berkuasa kawal selia di negara kediaman biasa anda, tempat kerja anda atau tempat yang didakwa berlaku pelanggaran tersebut.


9. TEMPOH PENYIMPANAN

Kami menyimpan data peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan bagi memberi anda perkhidmatan berkenaan, atau sehingga anda memadam akaun anda, atau selama dua tahun dari kali terakhir anda log masuk ke dalam Produk Digital. Data peribadi yang tertakluk kepada keperluan kawal selia boleh disimpan untuk tempoh masa yang lebih lama, iaitu lebih kurang sepuluh tahun, bagi mematuhi kewajipan undang-undang seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini.


10. PERUBAHAN TERHADAP NOTIS PRIVASI INI

Dari semasa ke semasa, kami mungkin menyemak semula Notis Privasi ini. Sebarang perubahan terhadap Notis Privasi ini akan dipaparkan pada halaman ini. Roche mengesyorkan agar anda menyemak Notis Privasi ini dengan kerap untuk mengetahui sebarang perubahan yang dibuat. Tarikh semakan terakhir notis ini boleh dilihat di bahagian atas notis. Sekiranya perubahan besar dibuat terhadap Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda melalui e-mel atau Produk Digital, atau melalui cara lain yang wajar.


11. PERUNTUKAN KHUSUS NEGARA

Untuk mematuhi keperluan undang-undang tempatan dan meningkatkan ketelusan berkaitan peruntukan privasi data yang khusus mengikut negara, sila rujuk pautan berikut. Dokumen ini menyediakan maklumat khusus dan hak-hak yang diguna pakai untuk penduduk dalam bidang kuasa tertentu. Sila semak dokumen ini untuk memahami hak-hak privasi khusus yang dikenakan kepada anda dan tanggungjawab kami di negara anda.